Di Mana DIA???
Posted on Friday, 2 December 2011 with 0 comment(s)


Semasa Rasulullah s.a.w. & Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.
Ketika Saidina Abu Bakar merasa cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, “Jangan takut, Allah bersama kita…”
Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

KETIKA DI AMBANG MAUT
Sewaktu Da’thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Raslullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, “Siapakah yang akan menyelamatkan kamu daripadaku?”
Jawab Rasulullah dengan penuh yakin, “ALLAH…”
Mendengar jawapan itu, gementarlah hati Da’thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah…DIA sentiasa di hati baginda.


KETIKA TIADA SIAPA MENGETAHUI
Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. “Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?”
Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan hak saya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
Kambing ini terlalu banyak dan tiada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kamu jualkan seekor kepadaku dank au katakana kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya,” desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.
Kalau begitu, di mana ALLAH?” ujar budak itu.
Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang pengembala kambing; pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH. Jelas DIA di hatinya.

KETIKA KAMU TIADA JAWATAN
Suatu ketika yang lain, Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral kepada seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang saa. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.
Ketika ditanya mengapa? Khalid menjawab, “Aku berjuang bukan kerana Umar…”. Ya, Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

LALU, DI MANA DIA DI HATI KITA?
Melihat peristiwa-peristiwa tersebut, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, ‘Di manakah DIA dalam hatiku?
Apakah ALLAH sentiasa menjadi perantungan harapan dan tempat merujuk & membujuk hatiku yang rawan?
ALLAH ciptakan manusia haya dengan 1 hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segalacinta yang lain. Tetapi, jika sebaliknya (cinta selain-Nya yang ada di situ) maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku! Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru yang hadir dalam hidupku, kata mereka, “Bila ALLAH ada dalam hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung,apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?
Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA? Bila bertembung kehendak-NYA dan kehendaku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegarkah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri,bagaimana sikapku terhadap hokum-hakam-MU?
Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan banyak persoalan. Bukan aqal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH… :’( Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri.

Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “Apakahengkau takutkan ALLAH?”

Lalu dia menangis dan menjawab, “Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, maka aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya, jika aku katakan ya,aku terasa menjadi seorang munafiq. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH akan bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH, tapi aku tidak…”

Dapat dilihat di sini jika seorang sufi yang hatinya begitu hamper dengan ALLAH pun sukar apabila diajukan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina & berdosa ini. Di hatiku masih ada 2 cinta yang bergolak & berbolak-balik. Antara cinta ALLAH & cinta dunia sedng berperang dengan begitu hebat & dahsyat sekali.

Jika kau tanyakan aku, “Adakah DIA di hatimu?”

Aku hanya mampu menjawab, “Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA.”

Justeru, kerana DIA belum ada di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya… Aku yakin… Suatu saat nanti, aka nada DIA di hatiku & di hatimu jua…
Dan kita akan terus mengemis kasih-NYA…
Sumber: iluvislam (Pahrol Mohd Juoi)

p/s: “Siapa kita pada pandanga DIA, di mana DIA di dalam hati kita…” Renung-renungkan… [ALLAH~]

Labels: , , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^