UPM: Dendam Pilihanraya Kampus Tidak Selesai
Posted on Saturday, 23 April 2011 with 8 comment(s)

UPM Serdang | Lebih 40 mahasiswa, termasuk 9 ahli Pro Mahasiswa (ProM) disingkirkan dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) tanpa sebab yang munasabah walaupun masing-masing memenuhi merit minimum iaitu 60 mata untuk menghuni di kolej terebut.
Antara ahli ProM yang disingkirkan, Zuhairah Hayati binti Hared walaupun mempunyai 142 merit. Beliau kini merupakan bekas Timbalan Presiden II Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merangkap Ahli Majlis Tertinggi Universiti.
Seorang lagi ahli ProM yang disingkirkan, Norhidayah binti Abdul Rahman walaupun mempunyai lebih 100 merit. Beliau merupakan Exco Pembangunan Siasah dan Integrasi, Kolej Kedua UPM.
Seorang pemimpin mahasiswa yang enggan namanya diketahui turut mendakwa pengetua di kolej tersebut, Puan Rosna binti Abdul Raman merupakan dalang di sebalik tindakan tidak berperundangan tersebut.

Katanya lagi, Rosna sejak seminggu yang lalu secara tidak bertanggungjawab sanggup menghilangkan diri ketika diminta menjelaskan motif penyahsenaraian mahasiswa terbabit dari menghuni di kolej tersebut.
Dalam perkembangan yang sama, Rosna turut dipertikai kerana menawarkan kediaman dalam universiti kepada seorang pelajar Pro Aspirasi, Yohana Masrol walaupun siswi tersebut hanya mempunyai 52 merit. Yohana juga menganggotai MPP sesi 2011/2012.
Rosna merupakan penyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM yang boleh dihubungi melalui telefon pejabat 03 894 673 57.
Kolej tersebut boleh menampung melebihi 350 penghuni, namun sehingga kini khabarnya masih banyak tempat dikosongkan.
Informasi lanjut boleh terus menghubungi jurucakap ProM UPM, Siti Zulaikha binti Rusmadi, 013 601 2062

Bukti
~Zuhairah~
Mantan Timb Presiden 2 Kolej Kedua UPM

"Aku nak jadi MPP sebab nak stay kolej"
Impiannya sudah tercapai bukan n_n
~Yohana~


berita asal: nota merah

Labels: , , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^