Teringat Kenangan Itu...
Posted on Friday, 10 December 2010 with 0 comment(s)

Alhamdulillah...

Berakhir sudah Kem Solat Remaja 2010 anjuran Pusat Islam UPM yang diadakan pada 1-3 Disember lepas. Kem ini merupakan acara tahunan dan baru kali kedua diadakan. Pada kali ini, bertempat di perkarangan Masjid UPM, seramai 89 orang peserta yang terdiri daripada pelajar berumur 12 tahun hingga 16 tahun mengambil bahagian dalam kem ini. Manakala, fasi yang terlibat pula adalah seramai 12 orang. Bayangkan bagaimana kami mengawal adik-adik dengan jumlah & tenaga kami yang agak terbatas. Alhamdulillah... Allah permudahkan. ^_~

Banyak pengalaman yang diperoleh sewaktu bersama dengan adik-adik ni. Macam-macam gaya dan ragam. Lucu ada, sedih ada, gembira ada, excited ada, memberontak dalam senyap pun ada... Malah ada dalam kalangan adik-adik muslimin yang fly malam hari untuk beli keropok twisties.(muslimin...biasala...) Lucu betul. Macam duduk di asrama gayanya. Rindu betul suasana itu.

Adik-adik muslimat

Sebahagian fasilitator muslimat
Buat sahabat-sahabat fasi & ajk yang terlibat secara langsung & tidak langsung (Hakimah, k.Zuhairah, k.Nazira, k.Humaira, k.Kama, Fatehah, Che Lie, Hanif, Fadzil, Aidil & Zulfadhli )
Ana ingin memohon kemaafan andai ada terasa hati sepanjang kita bergerak kerja bersama. Terima kasih juga atas kerjasama kalian.

Kumpulan Nusaibah ^_~

Buat adik-adik kumpulan Nusaibah (ika, nabila, najiha, farah, aza, pika, nurin, aida & fatin),
Akak happy bersama adik-adik. Mohon maaf andai ada salah & silap akak pada adik-adik. Minta halalkan apa yang kurang, apa yang patut akak bagi tapi akak tidak bagi pada adik-adik. Kesuntukan masa barangkali.

Buat semua adik-adik yang menyertai kem,
Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah. Praktikkan segala apa yang adik-adik dapat. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Ada apa-apa, jangan lupa contact kami, kakak-kakak & abang-abang fasi ye... =)

Jutaan terima kasih juga buat staf Pusat Islam; Ustaz Illiyyin, Ustazah Rohani, Ustaz Hafiz, Ustaz Khider etc

Terima kasih semua ^_^

Labels: , , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^