5 Perkara Islam Pelihara
Posted on Sunday, 26 December 2010 with 0 comment(s)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera kepada semua sahabat & pembaca yang dirahmati Allah sekalian...
Mungkin entri kali ini adalah entri terakhir bagi tahun 2010 ini; boleh juga dikatakan sebagai entri yang menutup tirai tahun 2010 yang penuh dengan pelbagai kenangan manis, pahit dan sebagainya.

5 Perkara yang Islam Pelihara... kenapa tajuk ini yang dipilih bagi entri kali ini? Hmm... Ana berkenan untuk menulis tentang perkara ini kerana ramai di antara kita yang mungkin sudah tahu, sudah pernah mendengar tapi terlupa berkenaan tajuk ini. Hakikat manusia biasa. Ana terpanggil untuk berkongsi apabila pada satu malam, ana ditegur seorang sahabat di YM yang bertanyakan mengenai soalan ini.

5 Perkara yang Islam Pelihara
Seperti yang telah diketahui, Islam telah meletakkan 5 perkara yang perlu dijaga & dipelihara. Menjaga kelima-lima perkara ini adalah perkara yang disepakati oleh seluruh umat Islam. 5 perkara tersebut ialah agama, nyawa, keturunan&maruah, aqal dan harta.

1) Agama
Dalam hal menjaga agama ialah disyaratkan aqidah, asas-asas ibadat seperti solat, puasa, haji dan sebagainya. Cara menjaganya ialah dengan suruhan berdakwah kepada aqidah, memfardhukan jihad dan mengenakan hukuman kepada orang yang murtad.

2) Nyawa
Disyariatkan tanggungjawab menjaga diri, larangan menjatuhkan diri ke arah kebinasaan dan mengenakan hukuman qisas terhadap si pembunuh.

3) Keturunan & Maruah
Disyariatkan perkahwinan dan pengharaman zina serta hukuman terhadap pelakunya.

4) Aqal
Disyariatkan belajar dan pengharaman bagi setiap yang memabukkan serta hukuman terhadap peminum arak.

5) Harta
Disyariatkan jual beli, pengharaman memakan harta anak orang lain dengan cara yang batil, pengharaman mencuri serta hukuman terhadapnya.

Serba ringkas perkongsian dari ana. Semoga dapat manfaat. ^_^
Sumber: Kertas kerja sisipan Seminar Maqasid Syar’iyyah Dalam Pentadbiran Negara


Labels: , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^