Tingginya Egomu Wahai Diri~
Posted on Sunday, 13 June 2010 with 0 comment(s)








Mengapa?
Mengapa tingginya ego di dalam dirimu?
Adakah kau merasakan diri sudah terlalu sempurna?
Sesempurna ‘dia’ yang bergelar kekasih Allah?
Adakah kau merasakan diri sudah terlalu hebat?
Sehebat sahabat-sahabat yang sanggup berjuang di jalan-Nya?
Adakah kau merasakan diri sudah terlalu agung?
Seagung kerajaan yang ditadbir oleh 2 penguasa agung; Iskandar Zulkarnain & Sulaiman?
Jawablah wahai diri….


“Tidak!!! Aku bukan seperti mereka. Sangat jauh jika dibandingkan dengan mereka…
Aku hanya seorang insan yang biasa dan hina di sisi Tuhanku…
Imanku tidak standing iman mereka…sentiasa bertambah…
Tapi, aku???
Imanku tidak tetap. Adakalanya bertambah, adakalanya berkurang…”


Lantas…
Untuk apa kau menyombongkan diri dengan keadaan dirimu yang begitu?
Meletakkan egomu di tempat yang tertinggi…
Untuk apa???
Supaya manusia memandang tinggi terhadap dirimu?
Supaya engkau mendapat nama?


”Aku tidak tahu…
Aku tidak faham…
Aku tidak mengerti…
Bagaimanakah harusku rendahkan egoku ini?
Aku buntu~~”


Semua itu berpunca dari diri engkau sendiri!!!
Cuba renung dan semak kembali dirimu…
Ingat!!!
Kau tak punya apa-apa untuk disombongkan!
Semua itu milik Allah, Pencipta kita…
Lantas…
Untuk apa kau membanggakan barang yang bukan hak milik kau?
Dalam sekelip mata sahaja kau boleh hilang segala-galanya wahai diri…


“Allah~
Apa yang harus kulakukan?
Aku tidak mahu sakiti mereka lagi…”


Berubahlah wahai diri…
Jika kau berterusan dengan bersikap demikian, kau bukan hanya menyakiti orang lain, bahkan dirimu sendiri…
Kau zalim terhadap diri sendiri…
Sentiasalah ingat bahawa Dialah yang paling hebat…
Yang paling sempurna…
Dan yang paling agung…


“Maafkan diriku…ampunkan diriku…”

  
Kau perlu sedar dan ingat…
Akan asal-usul dirimu wahai diri…
Dari setitis ait mani yang hina…
Sangat hina…
Lalu…
Kau lontarkan persoalan kepada dirimu sendiri…
‘Adakah patut aku meninggikan egoku? Menyombongkan diri?
Langsung tidak menerima dan meraikan pendapat orang lain…’
Kau lontarkan kepada dirimu…
Dan jawab persoalan itu…
Kau yang lebih tahu keadaan dirimu sendiri…
Sedangkan kau dan mereka sama dipandang sama sahaja di sisi Tuhanmu…
Yang membezakannya adalah tahap ketakwaan kepada-Nya…


”Ya Allah…
Hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah yang terpuji…
Dan jauhilah diriku dari sifat-sifat mazmumah yang dikeji…
Sesungguhnya Engkau yang Maha Memperkenankan segala sesuatu ya Allah…
Perkenankanlah doaku ini…”

 

*Dedikasi khas buat diriku yang selalu lalai & leka… Untuk renungan sahabat-sahabat semua… Jadikanlah iktibar buat diri… Kita tidak lari dari salah & khilaf… Ingat-memperingatkanlah sesama kita… Maafkan segala kesalahan & kesilapan diri ini pada sahabat-sahabat semua... Semoga Allah merahmati kalian...  Wallahualam…









1130,GMT +8.00; d’Bungas Batek Collection; Central Market; Kuala Lumpur


Best regards,

Labels: , , , , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^