Mahalkan Ungkapan Itu!!!
Posted on Sunday, 16 May 2010 with 6 comment(s)


Pelik. Aneh. Ajaib. Tiga perkataan yang lebih kurang sama maksudnya. Rasa yang terlintas di benak fikiran. Begitu mudahnya perkataan yang tidak sepatutnya dilafazkan kepada wanita/lelaki ajnabi(asing) tanpa rasa bersalah mahupun takut. Mungkin diesebabkan sudah menjadi suatu kebiasaan di masa kini. Disebabkan itu mereka, mereka dan mereka tidak menghiraukannya dan menganggapnya sebagai lumrah atau erti kata lain ‘standard’, meskipun bagi mereka yang faham agama (sesetengah sahaja). Sama sahaja. Tiada beza.
“I Miss You…”
“I Love You…”
“Saya sayang awak…”
“Saya rindu awak…”
panggilan sayang’, ‘dear', 'baby' dan beberapa lagi perkataan yang agak menjengkelkan+meloyakan andai didengar.
Betapa murah dan mudahnya ungkapan-ungkapan di atas  dinyatakan dan diluahkan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Tidak kira sekadar gurauan atau tidak. Yang peliknya, ungkapan-ungkapan di atas susah dan mahal pula untuk dinyatakan kepada sahabat-sahabat sama jantina, ibu bapa dan mereka yang layak dan sepatutnya.
Buat sahabat-sahabat, muslimat mahupun muslimin, ingin saya berpesan di sini, simpanlah ungkapan cinta/sayang/rindu etc kalian itu kepada yang sepatutnya. Jadikanlah ungkapan-ungkapan itu mahal. Tidak sewenang-wenangnya meluahkan dan menyatakan ungkapan-ungkapan kepada lelaki ajnabi (bagi wanita) atau kepada wanita ajnabi (bagi lelaki). Andai terlalu mudah kalian menggunakan ungkapan-ungkapan tersebut kepada mereka yang tidak sepatutnya, apakah ungkapan yang akan kalian gunakan untuk suami/isteri kalian nanti? Ungkapan yang seharusnya dan sepatutnya eksklusif untuk mereka sudah tidak menjadi hak milik mutlak mereka.
Sedarlah wahai sahabat… Niat hati di sini bukan ingin melarang tetapi lebih kepada ingin menyedarkan, mengislahkan dan muhasabah kembali diri ini dan juga sahabat-sahabat yang disayangi dan dihormati. Kalian dikurniakan akal oleh Allah swt. Kurniaan yang membezakan kalian dengan haiwan@binatang dan berfungsi untuk membezakan perkara yang baik dan buruk. Jika kalian masih juga melakukan perkara yang sudah kalian kenalpasti sebagai perkara yang buruk bermakna kalian sama seperti haiwan yang tidak dikurniakan akal oleh Allah swt.


Buat muslimat/gadis/wanita di luar sana, jagalah diri dan aurat kalian. Janganlah kalian mudah tergoda dengan segala godaan dunia. Tebalkan iman kalian. Tinggikan maruah kalian. Mahalkan diri kalian. Jika sekali mahkota kegadisan kalian diragut, direntap dan dinodai oleh insan yang bernama lelaki, ianya tidak akan kembali lagi. Pelihara diri kalian sebaik-baiknya. Kuatkan mujahadah kalian. Ingat, seindah hiasan dunia adalah wanita solehah. Tidak mahukah kalian menjadi hiasan dunia yang paling indah? Jawapannya ada di tangan kalian. Jangan pula kalian yang menjadi penyebab atau faktor yang mendorong terhumbannya lelaki ke dalam neraka. Ingin saya petik kata Ali Thantawi buat panduan kalian yang bernama muslimat:
“Wahai puteriku, demi Allah… Jangan engkau percaya kata-kata sebahagian lelaki… Bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab, bicara denganmu seperti sahabat, dan apabila bercinta denganmu seperti sahabat… Sebenarnya mereka bohong!!! Jika engkau mendengar sendiri bualan mereka, pasti engkau takut dan ngeri… Hanya di tanganmu pintu segala kebaikan… Bukan di tangan kaum lelaki…”
~Ali Thantawi~
‘Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.....’
~An-Nuur:31~
Buat muslimin/jejaka/lelaki pula, jangan sekali-kali kalian memainkan perasaan seorang wanita. Hati wanita sangat halus dan mudah untuk disentuh. Ingat, kalian diciptakan untuk memimpin dan memandu wanita ke jalan yang diredhai Allah. Jangan pula kalian yang menjadi penyebab wanita terpesong dan menyimpang dari jalan yang lurus.
‘Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat’
~An-Nuur:30~
Akhir kata, mahalkanlah ungkapan-ungkapan yang telah dinyatakan kepada mereka yang sepatutnya dimahalkan dan murahkanlah ungkapan-ungkapan yang sepatutnya kalian murahkan kepada mereka yang benar-benar layak.
p/s: Buat semua sahabat  yang mengenali diri ini, tegurlah jika terdapat khilaf dan salah yang telah saya lakukan. Sesungguhnya manusia itu pelupa dan sama-samalah kita ingat-mengingatkan.

 Ya Allah ya Tuhan kami...janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan hidayah kepada kami... Jangan juga Kau uji kami dengan perkara maksiat yang kami benci...

Wallahualam...

Best regards,
insandambakasihillahi
tetap_mulia@yahoo.com.my
http://insandambakasihillahi.blogspot.com/


*Last editted on 9 November 2011; 1042*

Labels: , , , , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^