Wajah Keibuan???
Posted on Monday, 19 April 2010 with 8 comment(s)

"Kalau nak pilih isteri, pilihlah perempuan yang ada wajah keibuan", ujar saya kepada seorang teman.
 
"Kalau semata-mata yang lawa, tak semestinya dapat jadi ibu yang baik kepada anak-anak kita. Lagipun cantik dan lawa ni benda sementara", pancing saya lagi.

"Macam mana nak kenal perempuan yang ada wajah keibuan?", umpan saya mengena kali ini.
 
"Payah jugak nak cerita, cuma kalo nak contoh anta boleh tengok pada si anu dan si anu", ujar saya dengan memberikan 2 contoh akhawat yang ada ciri-ciri tersebut.
 
Ini cerita saya untuk membawa 'fikir' kepada seorang teman yang rasanya sudah mencapai usia patut mencari teman hidup. Terus terang saya sangat kecewa bila teman yang menolak calon yang dicarikan oleh saya dan isteri, semata-mata kerana rupa. Memang betul 'nak pakai lama' dan 'nak kahwin bukan sehari', itulah alasan yang selalu diberikan. Namun sebab nak pakai lama dan kahwin untuk selama-lamanya kami akan cuba carikan yang terbaik akhlaknya. Apa pun soal jodoh bukan boleh dipaksa. Saya tak boleh marah, cuma kecewa.
 
 
Wajah keibuan? Macam mana nak kenal wanita yang ada wajah istimewa ini? Entahlah, sukar untuk saya huraikan dalam bentuk tulisan, satu lagi ilmu ini bukan mudah nak dapat. Kalau diturunkan kepada ramai kesian wanita dilabelkan oleh lelaki.
 
Semasa saya sekolah menengah dahulu saya suka perhatikan air muka, sikap dan perangai kawan sekelas. Kemudiannya saya akan membuat analisis berkenaan dengan personaliti mereka. Sekolah saya semuanya lelaki, tak ada perempuan, jadi buang jauh-jauh prasangka anda.
 
Bahan eksperimen saya untuk mengenal sikap wanita pula ialah ibu dan 2 orang kakak saya. Jadi saya tak 'skodeng' mana-mana. Sesiapa yang berurusan dengan saya pasti akan sentiasa dianalisis sikap dan personaliti mereka. Hingga akhirnya saya mampu (walau tak banyak) mentafsir sikap seseorang hanya dengan wajah dan air muka sahaja. Nampak gaya lepas ni ramai yang takut bermuamalah dengan saya. (Buat teman yang sibuk menekuni buku 'Reading People', jangan salahgunakan ilmu yang ada selepas ini)

Seminggu kemudian...
"Ok, siapakah lagi akhawat yang berwajah keibuan?", macan soalan exam gayanya.

Nampaknya tajuk ini ada magnetnya kepada teman saya. Soalan tidak saya jawab. Bukan hajat saya untuk melonggokkan nama-nama wanita yang berwajah keibuan untuk 'sekadar tahu' dan penyedap cerita para lelaki. Cetusan 'wajah keibuan' daripada saya sebelum ini hanya sebagai cetusan 'fikir' untuk yang ingin mencari.
 
Cerita ini saya bawa balik sebagai bualan dengan isteri di rumah. Sekadar bertanyakan isteri adakah betul tekaan saya berkenaan dengan wajah keibuan ini, atau meleset sama sekali. Maksud saya, wanita yang berwajah keibuan ini akan ada sikap seorang ibu yang baik, terutamanya pandai dalam bermuamalah dengan kana-kanak dan pastinya ada banyak ciri-ciri keibuan yang terhimpun dalam diri, sikap dan personalitinya. Jawapan isteri saya positif! Individu contoh yang saya berikan juga tepat. Jadi, teori saya selama ini ada betulnya. Tak percaya? Bukan masalah saya. Tambah isteri saya, wanita yang tak ada wajah keibuan ini biasanya cerewet, tak pandai dengan kanak-kanak (jangan bimbang, nama-nama yang berkenaan tidak disebut sama sekali oleh isteri saya, bahkan saya pun tidak berhajat untuk tahu). Teringat cerita seorang teman bila anaknya diangkat seperti mayat oleh sekumpulan wanita, pada saya mereka mungkin ada rupa tapi perlu belajar sesuatu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
 
 
Satu tips untuk para lelaki, cuba tengok perempuan manakah yang mampu mengendalikan bayi berusia sebulan dan ke bawah. Hanya wanita hebat sahaja mampu lakukan, ramai yang tak berani!

Buat lelaki, isteri walau sekadar cantik tapi setiap hari makan di luar, anak-anak dibesarkan oleh pembantu rumah indonesia, rumah yang berterabur, isteri yang pemalas mungkin akan menjadi igauan anda. Tapi bukan semua perempuan cantik tiada wajah keibuan, isteri saya tak kurang lawanya (jangan marah!).
 
Kali ini saya ingin 'mengajak fikir' wanita-wanita yang berkerjaya agar mempersiapkan diri dengan ilmu keibuan yang tidak diajar di universiti. Mungkin anda tiada wajah keibuan, tapi ilmu untuk menjadi seorang ibu yang baik bisa dipelajari dan ditekuni, bahkan anda mungkin menjadi ibu yang terbaik daripada mereka yang hanya ada ibu pada wajahnya.

Banyak lagi yang ingin saya coretkan, namun bimbang insan yang bernama wanita makin terguris. Buat jejaka, wajah anda bagaimana? Ada wajah kebapaan?

Fikirkan!

Sumber: http://ulamaummmah.blogspot.com/

 
 
p/s: Memilihkah lelaki? Satu pertanyaan yang terkeluar di benak tatkala usai membaca artikel ini. Adakah diri mereka terlalu hebat hinggakan mahu memilih yang cantik-cantik sahaja? Adakah diri mereka terlalu bagus untuk mendapatkan yang lawa-lawa sahaja? Mengenai soal ini, suka ingin ana tekankan di sini, peganglah kata-kata Allah, surah an-Nuur:26 yang mana Allah berfirman:
 
'Wanita-wanita yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk wanita-wanta yang keji pula. Sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik pula........ [26]

Anda faham bukan? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan... Muhasabah dan islahkan kembali diri. Adakah kita layak untuk mendapatkan yang soleh sedangkan diri tidak sesolehah mana? Marilah kita memperbaiki diri. Pilihan ada di tangan anda. Hanya anda yang mampu mengubahnya. (Peringatan untuk diri sendiri)

Best regards,

Labels: , , , , , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^