Sanah Helwah ^_~
Posted on Saturday, 3 April 2010 with 2 comment(s)

Salam alaik buat semua sahabat yang datang menjengah blog ini. Alhamdulillah... Diberi lagi peluang oleh-Nya untuk terus mencoret sesuatu di blog ini... Ya... Satu coretan khas... Coretan penghargaan khas bagi meraikan ulangtahun kelahiran beberapa orang ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang dikasihi.


 
Pertama sekali, ucapan ini khas buat lelaki pertama yang bertakhta di hati ini. Siapalagi kalau bukan abah ana sendiri, Ahmad Jamili b Shariff. Beliau akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-46 pada 16 April ini. Terima kasih abah, sudi membesarkan Along dengan susah payah. Walau banyak salah & khilaf yang telah Along buat, abah tetap sabar melayan kerenah Along & adik-adik. Terima kasih yang tidak terhingga. Sayang abah... ^_^
 

 
Kedua, khas buat lelaki kedua yang bertakhta di hati, Muhammad Syukri b Ahmad Jamili yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-17 pada 28 April ini. Terima kasih Syuk...kerana menjadi adik yang baik buat Along & Angah, abang yang baik buat Sue & Wani, anak yang baik buat mama & abah. Maaf...maafkan segala salah & silap Along selama ini. Along doakan syuk beroleh kecemerlangan untuk SPM ini. Mudah-mudahan beroleh kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah... Sayang syuk  ^_~


Ketiga, khas buat seorang perempuan yang ana kira sangat sabar dengan kerenah adik-beradik yang lain. Walau apa pun yang kami buat, dia tetap bersabar tanpa sekelumit dendam pun pada adik-beradiknya yang lain. Kagum ana dengan sikapnya yang satu ini. Mudah-mudahan sikap & sifat yang baik ini terus kekal & sebati dengan dirinya. InsyaAllah. Dia yang dimaksudkan ialah adik ana sendiri, Nur Suhaili bt Ahmad Jamili yang akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-15 pada 18 April ini. Terima kasih Sue... Seorang adik yang sangat baik & rajin bagi Along. Syabas!!! Along doakan yang terbaik buat sue untuk PMR. Mudah-mudahan sue beroleh kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.  Along yakin sue boleh & mampu untuk memperoleh apa yang sue inginkan. InsyaAllah...Sayang selalu  ^_^

Yang keempat ini khas buat sahabat-sahabat seperjuangan yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini =)
  • Nur Amanina Baharuddin (Aman)    - 1 April [20 tahun]
  •  Amirah Syazana Magli (Mira)         - 1 April [20 tahun]
  • Mohd Hazim Mohd Noh (Hazim)    - 8 April [20 tahun]
  • Ukht Husna Abdullah (x-mak naqib)- 9 April [23 tahun]
  • Che Naszly (Che Li)                       - 9 April [21 tahun]
  • Nurul Farahin Abd Mutalib (Farah) - 9 April [20 tahun]
  • Adib Abdul Muhaimin (Adib)          - 9 April [20 tahun]
  • Muhammad Aizuddin Muhammad Noor (Din) - 20 April [20 tahun]
dan kepada semua kawan-kawan yang menyambut birthday pada bulan 4 ini. Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga panjang umur, murah rezeki. Ingat, meningkatnya hari, makin pendek umur kita di muka Bumi ini, makin dekat waktu untuk bertemu dengan Pencipta kita. Mudah-mudahan kita semua bersedia untuk berdepan dengan hari yang telah dijanjikan-Nya. Moga kalian dirahmati Allah...InsyaAllah...



p/s: buat angah (18 tahun) & wani (10 tahun) yang menyambut ulangtahun kelahiran pada 24 Januari lepas, minta maaf banyak-banyak sebab tak dedicate kat blog ni. Moga kalian sentiasa di bawah rahmat-Nya...insyaAllah...


Best regards,

Labels: , , , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^