Maan Najah
Posted on Friday, 9 April 2010 with 1 comment(s)

Bismillahirrahmanirrahim walhamdulillah...
Salam sejahtera, salam satu ummah, salam satu fikrah serta salam satu jemaah buat semua sahabat dan pelawat dan penziarah blog yang tidak seberapa ini. Entri kali ini khas bersempena dengan peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang tiba tidak lama sahaja lagi.

Ana pasti semua sahabat sudah & sedang menyiapkan diri untuk menempuhi peperiksaan akhir sem ini bukan? Pelbagai rasa sudah pastinya bercampur-baur. Rasa cuak, takut, bimbang, risau dan sebagainya sudah menjadi satu. Terutamanya bagi mahasiswa UPM yang tiada study week. Banyak yang perlu diprepare. Dalam kesibukan menyiapkan diri untuk peperiksaan akhir ini pernahkah sahabat-sahabat semua terfikir bahawa kita hidup di dunia ini tidak lepas dari diuji. Tidak kira sama ada ujian tersebut berat atau tidak sebenarnya ia didatangkan khas bagi menguji keimanan kita sesuai dengan kesanggupan kita. Begitu juga contoh di hadapan mata kita sendiri. Kehidupan di kampus. Akan ada test dan peperiksaan bagi menguji sejauh mana tahap pengetahuan kita. Ia saling berkait rapat antara satu sama lain bukan? Perlukan persediaan untuk menempuhinya. Sama seperti realiti kehidupan. Perlunya kita mempersiapkan diri dari segi mental & fizikal untuk berdepan dengan ujian yang bakal datang tiba pada bila-bila masa. Ujian yang mana didatangkan khas untuk kita. Bila? Hanya Dia yang tahu. Ujian yang akan menguji tahap keimanan kita. Ujian yang mana dapat mendekatkan diri kita dengan-Nya. Sejauh mana kita menganggap ujian yang ditimpakan adalah salah satu nikmat atau musibah, terpulang kepada individu masing-masing. Anda lebih tahu.

Buat semua sahabat ana doakan yang terbaik buat antum/antunna. InsyaAllah... Kejayaan pasti mengiringi sahabat-sahabat sekalian. Doakan kejayaan kita bersama. Jangan doakan sendiri-sendiri je ye... Berikut jadual peperiksaan yang bakal menjelang. Bagi sahabat-sahabat yang nak hang out bersama, lepas exam jangan lupa contact ye ^_~

14 April  - Ekonomi
17 April  - Hubungan Etnik
20 April  - Statistics & Probability
22 April  - Advance Calculus (killer subject)

p/s: Sem depan rase nak tukar kos. Tak sanggup nak bawak kos ni. Pecah kepala otak+serabut. Doakan yang terbaik buat ana... huhuhu...


Best regards,

Labels: , , , , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^