Bekam @ Hijamah
Posted on Saturday, 27 March 2010 with 0 comment(s)

Apakah itu bekam?

Bekam atau dalam bahasa arabnya, hijamah bermaksud mengeluarkan darah kotor dari tempat yang sakit atau teknik perubatan dengan cara mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menngunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama. Ia merupakan warisan perubatan anjuran Rasulullah (sunnah).

Rasulullah pernah bersabda:

“Sesungguhnya pengubatan yang paling utama bagi kalian adalah berbekam atau termasuk ubat yang baik.”


bekam di atas kepala


Kebaikan bekam

  1. Mencegah penyakit
  2. Penyembuh penyakit
  3. Pemelihara kesihatan
  4. Penyembuh sihir
  5. Mengimbangi daya tahan badan
  6. Buang angin dalam kepala khususnya migrain/sakit kepala

Sejarah Bekam

Sejarah perubatan hijamah/bekam sudah diamalkan sejak zaman mesir kuno, yunani kuno dan juga pada masa arab jahiliyah sebelum masa Nabi Muhammad SAW. Kemudian, kaedah perubatan ini juga dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, sehingga kaedah tersebut termasuk dari tiga jenis kaedah perubatan yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW. Dalam Shahih Bukhari yang diriwayatkan oleh Said bin Jubair dari Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda:

“Perubatan itu bisa diperoleh dengan 3 cara; Pertama, meminum madu; Kedua, dengan pembekaman; dan Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menggalakkan umatku melakukan perubatan dengan besi panas.”

Hadith tersebut diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah, Ahmad, dan Al-Bazzar.

Banyak hadith meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW, ketika sakit sering dibekam oleh ahli bekam pada masa beliau, seperti Abu Hindin dari Bani Bayadhah yang membekamnya setelah beliau diracun oleh wanita yahudi di Khaibar. Kemudian , mengenai perintah kepada Rasulullah SAW untuk menggunakan bekam sebagai salah satu kaedah perubatan diceritakan dalam sunan Abu Dawud, bahwa Nabi SAW. bersabda:

“Pada malam aku diisra’kan, aku tidaklah melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, “Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan bekam.”

Sementara Imam At-tirmidzi dalam Jami’ nya dari Hadith Ibnu Abbas dengan makna yang hampir sama, beliau bersabda:

“Hendaknya kalian menggunakan bekam, hai Muhammad!”




Sahabat-sahabat sudah tahu mengenai kebaikan berbekam bukan? Jadi, jangan berlengah-lengah lagi. Mari kita menghidupkan sunnah Rasulullah di samping membuang penyakit dalam badan kita ^_^


sumber: http://klinikpengobatan.blogspot.com/2009/11/apakah-bekam-atau-hijamah-itu.html , http://drrazi.wordpress.com/2008/10/30/bekam/


p/s: Ana sudahpun mencuba kaedah ini dan alhamdulillah, ia berkesan. Ana berniat untuk mencubanya di lain waktu. Ana sarankan sahabat-sahabat di luar sana untuk mencuba bagi sesiapa yang belum lagi mencuba ^_~

Wallahualam...


Best regards,

Labels: , , , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^