Kucing Pun Ditakuti Israel
Posted on Monday, 30 November 2009 with 1 comment(s)

Salam Aidiladha buat semua sahabat yang disayangi dan dihormati. Salam pengorbanan, salam satu fikrah dan salam satu agama buat antum/antunna semua. Entri untuk kali ini ana petik dari satu akhbar yang baru sahaja ana belek dan selesai baca pagi tadi.

Israel memenjarakan seekor kucing yang dituduh telah membantu penghuni penjara pengasingan di kem tahanan Negev, yang terletak di antara Mesir dan wilayah yang diduduki Israel. Menurut pegawai Israel, kucing tersebut membantu tahanan Palestin dengan membawa barang-barang ringan seperti surat, roti dan lainnya dari satu sel ke sel yang lain. Seolah-olah kucing itu telah memberi bantuan kepada para tahanan di sana selama berbulan-bulan hingga akhirnya diketahui baru-baru ini. Pengelola penjara memberikan hukuman yang sama kepada kucing tersebut. Ia dikurung dalam sebuah sel berasingan, sepertimana para tahanan yang dibantunya selama ini. Terdapat pluhan kucing liar yang berkeliaran di antara sel atau ruang tahanan di kem dan penjara Israel, terutama di pusat-pusat tahanan terbuka seperti Negev. Israel sengaja menjadikan keadaan penjara dan kem tahanan dalam keadaan tidak terurus untuk menurunkan semangat hidup rakyat-rakyat Palestin dalam tahanan. Melihat begitu banyak kucing yang berteman dengan para tahanan, pejabat pentadbiran penjara Israel memutuskan untuk menghalau atau menghukum kucing-kucing tersebut.
-Hidayatullah-
~Sumber dari Akhbar Siasah, bil. 0176, 29 Nov-5 Dis~

Pelik kan sahabat-sahabat? Bukannya kucing tersebut bawakan pistol atau senjata untuk diberikan kepada rakyat Palestin yang ditahan. Hanya makanan dan barangan ringan. Bila Allah sudah mencabut rasa berani dari diri mereka, beginilah jadinya. Ditakuti islam akan naik walhal mereka tahu dan sedar bahawa Islam pasti tertegak ke seluruh pelosok Bumi ini pada suatu hari nanti. Tetapi mereka cuba untuk melawan takdir Allah sedangkan mereka tahu dengan segala usaha mereka itu hanya sia-sia.


“Islam pasti akan bangun dan daulah Islam pasti tertegak di muka Bumi ini. Bila
dan di mana bukanlah persoalannya, tetapi adakah kita tergolong dalam golongan
yang menyumbangkan kepada kebangkitan Islam itulah yang perlu
ditanya…”

-Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna-


Wallahualam…

Labels:



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^