Allah...24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu Untuk Kita...
Posted on Saturday, 7 November 2009 with 1 comment(s)

Assalamualaikum wbt buat sahabat2 sekalian... Sedikit perkongsian dari ana apabila membuka balik emel lama yang pernah sahabat2 berikan...

Pernahkah kita bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

"Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

"Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
ekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."


Atau....
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini: "Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau...

Pernahkah kita bayangkan bila pada saat berdoa, kita mendapat respons seperti ini: "Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat:
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"


Atau...

Adakah mungkin juga kita mendengar ini : "Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."

Atau...

"Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Pernahkan kita mendengar semua jawapan di atas? Tidak pernah bukan? Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, kita dapat menelefon-Nya setiap saat dan setiap waktu!!! Kita hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar segala panggilan dari kita. Kerana apabila kita menghubungi Allah, tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika kita memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini:
24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak kelebihan, gunakan nombor ini: 28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul" Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian 'hunting' yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut" 7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala quwwata illa billah" jika menghadapisesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidah.


Cuba kita renung kembali sahabat...saat kita perlukan Allah, Dia sentiasa ada untuk mendengar segala masalah, luahan, dan rintihan hati kita. Dia sentiasa sedia tanpa rasa jemu, tanpa rasa bosan untuk berjumpa dengan kita...Tetapi kita? Adakah selalu fikiran kita, hati kita ingat pada Allah, Pencipta kita? Adakah setiap saat, setiap nafas kita ingat pada Allah sebagaimana kita ingat pada orang yang kita cintai dan sayangi? Sekadar renungan dan peringatan buat diri sendiri dan sahabat2 yang disayangi...renungkanlah apa yang kita telah buat setiap hari untuk Allah...apa yang telah Allah buat untuk kita? Bandingkan dan renungkan...muhasabah kembali bersama...

'bugun Allah icin ne yaftin' = 'hari ini untuk Allah apa yang telah kamu lakukan?'

wallahualam...

Labels: , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^