Gurau Senda Rasulullah
Posted on Saturday, 3 October 2009 with 0 comment(s)

Salam alaik walhamdulillah...
Sudah lama rasanya blog ini terbiar...Alhamdulillah...akhirnya Allah memberikan peluang untuk update blog ni...


Rasulullah saw bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi, baginda tidak berkata kecuali yang benar sahaja. Ikuti kisah-kisah baginda yang dapat dijadikan panduan dan teladan buat kita semua.


KISAH SATU
Suatu hari, seorang perempuan datang kepada Rasulullah lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan aku ke atas unta", kata perempuan tersebut.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", balas Rasulullah.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak. Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu", balas perempuan itu lagi.
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"Bukankah unta itu juga anak unta?"


KISAH DUA
Seorang perempuan tua berkata kepada Rasulullah saw,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga".
"Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.Dan Rasulullah pun menjelaskan,
"Tidakkah kamu menbaca firman Allah yang berbunyi" :


'Serta  kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan
ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa
perawan(yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya, serta yang sebaya umurnya.'




Para sahabat Rasulullah saw suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagaikan gunung yang teguh.Sebagai contoh, seorang sahabat Rasulullah, Na'im. Beliau seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum. Begitula juga kita sebagai umat Rasulullah. Gurau senda itu sesuatu yang perlu serta tidak salah asalkan ianya tidak melampaui batas kerana Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan.Peringatan buat diri sendiri juga para sahabat yang disayangi. Semoga Allah terus istiqamahkan hati kita di jalan-Nya. InsyaAllah...


Wallahualam...

Labels: , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^