Syaitan Punya Pasal
Posted on Tuesday, 18 June 2013 with 0 comment(s)

"Argh~ Mengantuknya.. Ini syaitan punya pasallah ni"

"Adoyai.. Malasnya.. Aish! Syaitan punya kerjalah ni!"

"Alamak! Dah pukul 4. Aku tak solat zohor lagi nih. Ah, syaitan punya pasallah ni!"

"Malasnya nak datang usrah. Dahlah assignment tak siap lagi ni. Ish, syaitan ni sibuk ja goda aku"

"Hmm..Hari ni ada ceramah kat surau. Kerja berlambak tak setel lagi. Beratnya rasa hati ni nak pi. Syaitan la ni punya pasal!"

Ya, semua salah syaitan. Kenapa tidak kita salahkan diri kita? Kenapa kita tak cuba kuatkan diri kita sendiri? Kenapa kita tidak cuba melawan & menepis segala godaan yang bertali arus dan sekadar mengikut?

Syaitan memang kerjanya menggoda, menyesatkan manusia. Tidak jelas lagikah?

Jika semua salah syaitan tiada gunalah akal yang Allah kurniakan serta iman yang ada dalam diri kita.

Labels: ,

Tips Untuk Kesihatan
Posted on Thursday, 14 February 2013 with 0 comment(s)


  1. Minum 2 gelas H2O selepas bangun tidur : Membantu mengaktifkan organ dalaman
  2. Minum 1 gelas H2O sebelum makan : Membantu penghadaman
  3. Minum 1 gelas H2O sebelum mandi : Membantu merendahkan tekanan darah
  4. Minum 1 gelas H2O sebelum tidur : Mengelakkan strok atau serangan jantung

* Kita berusaha, berikhtiar... serahkan segalanya kepada Allah... Selamat beramal! (^_^)


Labels: ,

Ke Mana Kamu Campak Teguran Itu Ha???!
Posted on Thursday, 19 January 2012 with 0 comment(s)


Bila satu teguran keluar, akan ada tiga jenis kumpulan.

Pertama: Kumpulan yang akan menerima teguran itu. Kalau mereka berada bukan di tempat pesalah pun, mereka akan mendengar teguran itu dan mengambil khasiatnya.

Kedua: Kumpulan yang tak kisah langsung. Macam tak dapat teguran sahaja gayanya. Dia tak peduli pun teguran-teguran ini.

Ketiga: Kumpulan yang akan membaling teguran tu ke arah lain dan menyalahkan si penegur pula. Contoh, teguran diberikan kepada pengawas, kemudian pengawas berkata: “Ala, pelajar biasa tu lagi teruk. Kenapa tak tegur mereka dahulu?”

Saya sekarang ini fokus kepada kumpulan ketiga.

Kamu ini, mengambil teguran itu bagaimana ha?


Peringatan itu baik untuk orang mu’min

Allah SWT menggesa orang-orang yang beriman untuk sentiasa menyebarkan peringatan. Tidak kira dalam bentuk apa sekali pun selagi mana caranya masih berada di dalam lingkungan syara’.

Allah SWT berfirman: “Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang yang beriman” Surah Adz-Dzariyat ayat 55.

Maka sebagai orang yang beriman, sepatutnya dia terbuka dengan teguran. Memandang kepada teguran itu sebagai satu penambah baikan untuk dirinya. Walaupun teguran itu mungkin bukan menuju kepada dirinya. Tambah pula kalau tepat menuju kepada dirinya.

Jika kita orang yang beriman, setiap teguran pasti mempunyai manfaatnya.

Bila teguran datang…

Bila teguran datang, muncul menyentuh diri kita, maka hendaklah kita bertenang dan melihat teguran itu. Memandang teguran itu pertama sekali pada diri kita. Apakah benar teguran yang dilontarkan? Jika benar bagaimanakah yang sepatutnya kita lakukan? Buat bodoh? Nak terasa? Atau menerima teguran dengan rendah hati dan bergerak melakukan perubahan?

Kita memilih untuk membuktikan keimanan kita. Jika kita beriman, teguran itu akan menjadi satu manfaat kepada kita.

Kalau teguran itu bukan untuk kita, tidak terkena pun pada kita, orang yang tegur tu salah ‘parking’ pula tegurannya pada kita. Maka apakah yang patut kita lakukan? Adakah buat bodoh? Melenting? Hentam-hentam penegur? Atau kita akan mengambil manfaat daripada teguran yang silap ‘parking’ itu?

Kita memilih untuk membuktikan keimanan kita. Jika kita beriman, maka teguran itu walaupun salah ‘parking’, ia semestinya masih memberikan manfaat kepada kita.

Percayalah, Allah tak akan biar si penegur itu salah ‘parking’ tegurannya pada kita sia-sia sahaja. Mesti ada hikmahnya yang mendalam.

Kenapa kamu lontar teguran itu pada arah lain?

Kes 1: Isu Niqab

Saya pernah menulis isu Niqab di dalam website ini. Dan komennya sangatlah banyak. Dan tak kurang juga pemakai-pemakai niqab yang memarahi saya kerana saya dikatakan anti-Niqab, tak tahu perasaan orang yang pakai Niqab, dan hanya tahu nak tegur orang berniqab sahaja.

Jadi adalah antara komen-komennya berbunyi: “Orang lain ada yang tak pakai tudung pun. Tegurlah diorang tu dulu. Tu lagi besar”

Saya tersengih sahaja dengan jawapan sebegitu. Ya, lontarkan teguran kepada yang lain. Itulah yang kita buat bila ada teguran datang menyentuh kita, dalam keadaan kita rasa diri kita ‘lebih bagus’ dari orang lain.

Persoalan pertama, apakah saya tidak menegur yang tak tutup aurat? Saya tegur. Jadi apa salahnya saya nak tegur pemakai Niqab juga? Persoalan kedua, kenapa saya tegur pemakai niqab? Jawapannya mudah: Pemakai Niqab adalah ikon kepada masyarakat dalam hal menutup aurat, bahkan boleh menjadi ‘penarik’ kepada orang yang tutup aurat mula menutup aurat.

Tetapi kalau pemakai niqab rosak, maka ia akan bertukar menjadi ‘penghadang’ kepada mereka yang hendak menutup aurat. Mereka akan kata begini: “Ala, yang pakai niqab pun perangai gedik aja” Nampak?

Sebab itu, bila teguran sampai kepada pemakai Niqab, kenapa dilontarkan pula teguran itu pada yang tidak tutup aurat langsung? Yang tidak tutup aurat itu ada la tegurannya untuk mereka. Teguran untuk pemakai niqab memang untuk pemakai niqab sahaja. Tidakkah kamu mampu mengambil manfaat dari teguran itu?

Kes 2: Isu Bapa tak adil
Saya pernah menulis cerpen Arnav dan Agoni yang mengisahkan sikap buruk seorang Bapa yang menyebabkan anaknya terseksa dengan teruk sekali dari segi mental dan jiwa.

Ini hakikatnya adalah teguran halus saya kepada bapa-bapa agar tidak hanya pandai berselindung di sebalik autoriti yang Allah berikan kepada mereka. Ia adalah peringatan, mengingatkan bapa-bapa bahawa mereka juga akan dihitung atas perbuatan mereka. Mereka tidak suci. Perbuatan mereka juga dihitung.

Tetapi bila saya menulis cerita ini, ada la beberapa suara berkata kepada saya: “Si anaklah sebenarnya yang patut begini, si anaklah yang sepatutnya begitu”

Saya tak nafikan Si Anak sepatutnya buat begini dan begitu itu sebagaimana yang suara-suara itu suarakan. Tetapi tidakkah orang melihat saya sedang menulis untuk ditujukan kepada siapa?

Kepada bapa. Justeru, kenapa hendak dibaling teguran itu kepada anak? Adakah saya tidak pernah menegur anak-anak? Kenapa mesti ada suara yang melontarkan, mengarahkan teguran itu ke arah yang lain pula?

Hairan. Lainlah penulisan itu tajuknya ‘Anak Derhaka’ tapi yang saya tegur adalah bapanya.

Dan orang berkata kepada saya, kenapa beri teguran kepada kaum Bapa?

Mudah. Bapa adalah guru pertama di dunia ini kepada anak-anak. Seorang bapa perlu tahu bahawa autoriti yang Allah berikan kepadanya bukanlah untuk digunakan atas nafsu amarah. Dalam mendidik anak ada seninya. Dan seorang bapa perlu faham bahawa dia akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang dia lakukan kepada anak-anaknya di akhirat kelak. Bapa perlu sedar bahawa kesilapan mereka dalam membesarkan anak-anak mereka, membuatkan mereka mempunyai ‘saham’ atas keterpesongan, kerosakan, kehancuran anak-anak mereka di masa hadapan.

Dua ini hanya contoh. Ditambah dengan satu contoh umum macam di permulaan tadi: Guru menegur pengawas, kemudian pengawas menjawab: “Ala, budak biasa tu lagi teruk. Kenapa tegur kami? Tegurlah mereka”

Iya. Apa salahnya kamu yang nampak lebih bagus itu ditegur. Peniqab ikon kepada yang tidak tutup aurat. Bapa adalah ikon kepada anak-anak. Pengawas adalah ikon kepada pelajar biasa. Kenapa pula kamu sebagai ikon tidak boleh menerima teguran, sedangkan Allah juga menegur Rasul dan Nabi yang menjadi ikon, qudwah kepada ummat? Kenapa Allah menegur Rasul dan Nabi-Nya? Kerana Allah nak ummat mencontohi mereka dengan sebaiknya.

Tiga situasi ini, boleh mewakili banyak situasi dalam kehidupan kita.

Kalau kita hanya pandai membaling teguran yang diberikan kepada kita ke arah orang lain, bagaimana agaknya kita mengambil pengajaran dengan efektif?

Penutup: Kita terbuka dengan teguran. Kalau bukan, rilek-rilek sudeh

Bila orang menegur, kita lihat dulu tegurannya. Memang bukan semua teguran kita terima. Tapi tak perlu kita bising pun kalau tegura itu bukan patutnya diberikan pada kita. Mungkin kalau kita ni ditegur jangan mencuri sedangkan kita tidak mencuri, dan teguran sebagai pencuri itu boleh menjatuhkan maruah kita, bolehlah kita bangun dan berkata: “Enta dah silap ni kut, ana tak mencuri. Tapi teguran enta tu baguslah”

Apa salahnya? Tapi kalau tak bersangkut paut dengan maruah, kalau tersilap pun apa kurangnya kita diamkan dan mengambil manfaat?

Tambahan kalau teguran itu memang kena pada batang hidung kita.

Kenapa pula hendak menghalakan teguran itu, membaling teguran itu pada orang lain pula?

Bagaimana agaknya kita hendak mengambil pengajaran?

http://ms.langitilahi.com/


p/s: Kita mengaku bahawa kita terbuka menerima teguran. Hakikatnya? Kadangkala kita sendiri tidak sedar bahawa kita tergolong dalam kelompok ketiga seperti yang telah disebutkan di atas. Apabila kita menegur orang lain, tidak mengapa. Tetapi, apabila kita sendiri ditegur, mula mencari kesalahan si penegur. Berbahagialah andai kita ditegur (yeay!!! \(^_^)/ ). Tandanya, masih ada orang yang mahu memperingatkan kita atas kesalahan yang dilakukan; tanda Allah sayang pada hamba-Nya. Jom sama-sama koreksi diri ^_^
~Do correct me if i'm wrong ya~ ^_~

"Lihatlah pada nasihat yang diberi, bukan dilihat pada orang yang memberi nasihat"
-Saidina Ali karramallahu wajhah-
Top of Form

Labels: , ,



It's Me!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Hello! Annhyeonghaseyo! Saya seorang manusia biasa. Bakal jenazah. Simple, adakalanya kompleks. Garang dan tegas adakalanya lembut.

MyNetworks :
MyTwitter | MyFacebook | Ask.fm
MyLinks

My Lovely Friends, Teacher, Murabbi/ah xD

Abi | Amanina | Farique | Sazila | Zulwafi | Afifah | Hazim | Azizah | Fazli | Rabi'atul | Nasai | Musyirah | BADAR Smakl | Rahmah R | Farhannaim | Hani | Nanie Syazan | Radhiah | SuKelapa | Maisarah | Ibn Jinnah | Hasnur | nurislam | Hanafi
MyCredit

This layout was made by
Dian.
Oh yeah, big claps to Colour Lovers for an awesome palette and pattern :3
Edited by : ME :D
Follow my blog

Blog ini bermanfaat untuk anda? Jemput follow blog ini dan share mana-mana entri untuk pengajaran dan panduan sesama kita makhluk Tuhan. Sebarkan dakwah, luaskan ukhuwwah! ^_^